Buku ini diterjemahkan daripada karya asal Imam Jalaluddin as-Suyuthi
yang berjudul, As-Suyuthi’s Medicine of The Prophet. Ditulis kira-kira
hampir lima ratus tahun dahulu, buku ini mengandungi pengetahuan tentang perubatan iaitu sebab penyakit dan cara penyembuhannya yang mungkin
telah lama dilupakan. Penulis menghurai dengan terperinci pelbagai
penyakit jasmani dan rohani, cara mengubati serta ubat-ubatannya. Semua
ini diambil dan digali daripada sumber al-Quran dan hadis. Sabda Nabi
SAW: ”Allah tidak menciptakan suatu penyakit tanpa menciptakan ubatnya
kecuali mati.” Rasulullah SAW juga bersabda: “Salah satu di antara
sunnah aku adalah pengubatan.” Penulis buku ini, Jalaluddin Abdurrahman
as-Suyuthi juga dikenal sebagai seorang ulama dan penulis prolifik
Muslim dalam bidang tafsir al-Quran, hadis dan ilmu-ilmu Islam lainnya.
Beliau menjelaskan bahawa pengetahuannya tentang perubatan tidak hanya
bersifat akademik semata-mata, melainkan juga didasarkan para praktikal
dan pengalaman yang cukup baik. Dari perbicaraanya, jelas bahawa seni
perubatan bukan sekadar hasil daripada pengalaman dan nasib baik,
melainkan juga ilmu yang diilhamkan oleh-Nya, yang sesungguhnya
merupakan rahmat dan takdir Allah SWT : “Dan apabila aku sakit, maka
Dia-lah yang menyembuhkan penyakit aku” (Surah as-Syu’arak: 80)